WASHINGTON 1 Julai – Kesemua sepuluh penumpang dan juruterbang terbunuh apabila sebuah pesawat persendirian yang dinaiki mereka terhempas di Lapangan Terbang Addison, Texas, semalam. RT News melaporkan, berdasarkan maklumat awal, pesawat dua enjin, jenis Beechcarft BE-350 milik King Air mengalami kerosakkan enjin sebelum terbakar. Pesawat itu dikatakan dalam perjalanan ke St. Petersburg, Florida. -AGENSI










