10 maut susulan tanah runtuh di kem pelarian Rohingya - Utusan Malaysia

10 maut susulan tanah runtuh di kem pelarian Rohingya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALUKHALI, Bangladesh 14 Julai – Sekurang-kurangnya 10 orang maut manakala hampir 5,000 buah gubuk (rumah kecil) musnah akibat hujan monsun di kem pelarian Rohingya penuh sesak di tenggara Bangladesh.

Jabatan meteorologi Bangladesh berkata, daerah Cox’s Bazar yang menempatkan hampir satu juta etnik Rohingya menerima hujan sekurang-kurangnya 58.5 sentimeter sejak 2 Julai lalu.

Jurucakap Pertubuhan Antarabangsa untuk Migrasi (IOM) berkata, hujan lebat mengakibatkan tanah runtuh di kem pelarian yang kebanyakannya dibina di lereng bukit memusnahkan hampir 4,889 gubuk pada dua minggu pertama Julai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih 200 tanah runtuh direkodkan sejak April lalu di kem yang dibina berhampiran sempadan Myanmar dan sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh selain menjejaskan hampir 50,000 orang pelarian.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini