Wanita maut, tunang parah motosikal rempuh kereta - Utusan Malaysia

Wanita maut, tunang parah motosikal rempuh kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JASIN – Seorang wanita maut manakala tunangnya parah selepas motosikal dinaiki mereka merempuh sebuah kereta di Kilometer 7, Jalan Simpang Bekoh-Asahan di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.10 petang itu, mangsa, V. Kaesturi, 22, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala tunangnya, B. Surendran, 30, patah kaki kiri dan cedera di bahagian dada.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Arshad Abu berkata, ketika kejadian pasangan itu yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari Simpang Bekoh menghala ke arah Asahan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, motosikal dinaiki mereka dikatakan hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan merempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

“Akibat kemalangan itu, pembonceng wanita maut di tempat kejadian manakala pasangannya mengalami patah kaki serta cedera di bahagian dada dan dikejarkan ke Hospital Jasin untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Arshad berkata, pemandu kereta berusia 32 tahun terbabit bagaimanapun hanya mengalami luka di kaki kiri.

Katanya, mayat mangsa telah dihantar ke hospital sama untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1)(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini