GENEVA – Seorang perempuan warga Switzerland kerugian 3.3 juta euro (RM15.5 juta) selepas ditipu oleh sekumpulan suspek yang menyamar sebagai anggota polis. Menurut laporan media tempatan, suspek mula menghubungi mangsa pada November tahun lalu dan memperkenalkan dirinya sebagai anggota polis yang mendakwa menyiasat sekumpulan pencuri. Suspek memberitahu wanita itu bahawa pekerja bank, di mana dia bekerja, merancang untuk merompaknya. Suspek kemudiannya menyuruh mangsa merahsiakan mengenai siasatan tersebut. Selepas itu, suspek…










