PERKEMBANGAN terkini menyaksikan pelbagai evolusi gaya hidup masyarakat termasuklah jemputan ke majlis perkahwinan. Jika dahulu kad undangan merupakan medium utama, namun kini ia diperluaskan dengan jemputan menerusi laman sosial seperti Facebook Event. Persoalannya, apakah hukum menghadiri jemputan secara umum dalam talian tersebut dan adakah berdosa jika tidak mampu memenuhi undangan itu. Memetik kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dalam laman web rasmi Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan,…










