UMNO tolak spekulasi gabungan parti lain - Utusan Malaysia

UMNO tolak spekulasi gabungan parti lain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – UMNO menegaskan spekulasi liar yang konon pimpinan parti itu sedang merundingkan penggabungan dengan parti lain adalah tidak benar.

Hal ini kerana, UMNO teguh bermuafakat bersama Pas dan akan membuat perhitungan politik secara bersama berpandukan piagam serta kesepakatan yang termeterai di antara kedua-dua parti.

Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa turut menegaskan bahawa muafakat dan kerjasama politik UMNO-Pas menjadi fokus serta komitmen utama parti tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“UMNO ingin menegaskan sekali lagi bahawa muafakat dan kerjasama politik UMNO-Pas menjadi fokus dan komitmen utama UMNO, dalam usaha memperbaiki masalah politik dan pemerintahan negara masa ini.

“Muafakat UMNO-Pas akan menjadi asas kepada muafakat nasional yang lebih besar dan inklusif agar membentuk satu usaha padu ke arah merubah politik dan pemerintahan negara supaya rakyat benar-benar terbela dan negara sejahtera,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Annuar mengucapkan tahniah kepada Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan semua saf kepimpinan Pas yang dipilih di Muktamar Tahunan parti itu semalam.

Ujarnya lagi, UMNO juga mengalu-alu dan menyambut baik ucapan dasar Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang khususnya menyentuh piagam dan lima prinsip kerjasama politik Pas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini