UEM Sunrise rancang lancar projek di Kepong - Utusan Malaysia

UEM Sunrise rancang lancar projek di Kepong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemaju hartanah UEM Sunrise merancang untuk melancarkan projek terbesar syarikat itu tahun ini di Kepong menjelang akhir tahun.

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong

Ketua Pegawai Pemasaran UEM Sunrise, Kenny Wong berkata, projek pembangunan bercampur itu terdiri daripada kondominium mewah, hartanah runcit dan komersial dengan nilai pembangunan kasar antara RM680 juta hingga RM690 juta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ia akan dilaksanakan menjelang akhir tahun ini di kawasan seluas 72 ekar (29 hektar) di Kepong. Ia melibatkan potensi pembangunan projek antara 15 hingga 20 tahun dengan kerjasama rakan usaha sama.

“Kami akan bermula dengan dua menara kondominium sebanyak 870 hingga 900 unit. Ini merupakan pelancaran terbesar tahun ini dari segi unit,” katanya pada sidang akhbar hari ini selepas pelancaran aplikasi ‘hUb’ di sini hari ini.

Beliau berkata, kadar pembelian dijangkakan baik apabila projek itu dilancarkan.

“Kami mengambil masa untuk memastikan spesifikasi, kualiti bahan yang kami gunakan, jenis unit, susun atur serta julat harga adalah selaras dengan keperluan pelanggan,” katanya sambil menambah projek itu akan menjadi versi Mont Kiara yang lebih baik.

“Mont Kiara yang dibangunkan pada 30 hingga 40 tahun yang lalu asalnya mungkin adalah hutan, tetapi UEM Sunrise membangunkannya seperti apa yang dilihat hari ini.

“Saya jangkakan dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi apabila projek Kepong siap, ia akan menjadi versi Mont Kiara yang lebih besar dan lebih progresif,” katanya. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini