Tun M serlah sisi romantik, penyayang - Utusan Malaysia

Tun M serlah sisi romantik, penyayang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Romantik, penyayang dan setia. Itu yang dapat digambarkan terhadap sikap Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali.

Hal itu dapat dilihat menerusi luahan hati Dr. Mahathir ketika berucap dalam pelancaran program realiti My Voice My Nation 2019 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Dr. Mahathir dalam ucapannya berkata, beliau berasa sangat bertuah isterinya itu tetap setia ketika saat senang mahupun susah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di sebalik seorang lelaki yang berjaya, di belakangnya terdapat seorang wanita yang memberi sokongan. Saya sangat bertuah Hasmah kekal bersama saya sejak 63 tahun lalu.

“Status Hasmah sebagai doktor juga adalah bonus lebih-lebih lagi dengan faktor usia saya ketika ini,” katanya dengan nada berjenaka di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam program tersebut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi; Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim.

Dr. Mahathir dalam majlis yang sama turut berkongsi pengalaman beliau membesar dengan didikan tegas bapanya, Mohamad Iskandar.

Menurut Ahli Parlimen Langkawi itu, ketegasan bapanya yang juga guru besar menjadikan beliau lebih berdisiplin dan bekerja keras untuk berjaya.

“Apa yang anda lihat pada diri saya hari ini adalah hasil daripada disiplin dan sikap tidak berkompromi tentang pentingnya pendidikan.

“Selepas saya menjadi Perdana Menteri buat kali pertama dan kedua, saya cuba praktikkan disiplin yang sama kepada negara,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini