Trump menghentikan serangan terhadap Iran - Utusan Malaysia

Trump menghentikan serangan terhadap Iran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengumumkan hari ini bahawa beliau menghentikan serangan dirancang terhadap Iran.

Menurutnya, serangan tersebut dijangka akan menyebabkan kematian mencecah 150 orang yang dilihat tidak menjadi respons ‘sepadan’ kepada Teheran yang menembak jatuh dron AS.

Katanya, AS ‘bersedia untuk serang balas’ pada malam Khamis dengan menyerang ‘tiga lokasi berlainan’ namun dia menghentikannya 10 minit sebelum ia dimulakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya bertanya, berapa ramai akan mati. 150 orang, tuan, jawapan diberikan Jeneral,” katanya dalam kicauan Twitter. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini