Trump gesa UK berhati-hati dengan 5G Huawei - Utusan Malaysia

Trump gesa UK berhati-hati dengan 5G Huawei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Presiden Donald Trump menggesa Britain lebih berhati-hati berhubung penglibatan gergasi teknologi China, Huawei dalam rangkaian baharu 5G.

Ketika ditanya mengenai laporan bahawa Britain bercadang memberi peluang syarikat tersebut, Trump memberitahu akhbar Sunday Times: “Ya, anda memiliki alternatif lain dan kita perlu lebih berhati-hati dengan kedudukan keselamatan negara.”

Beliau menambah: “Anda tahu kami mempunyai kumpulan penyiasat yang sangat penting, dan kami berkerja rapat dengan negara anda (Britain) jadi anda perlu berhati-hati.”

Memuatkan artikel berkaitan…

AS sebelum ini bimbang dengan Huawei yang dikawal oleh kerajaan China.

Kerajaan Perdana Menteri, Theresa May belum membuat sebarang keputusan berhubung penglibatan Huawei dalam pembinaan rangkaian 5G di negara itu.

Trump tiba di London Isnin atas jemputan Ratu Elizabeth II akan melawat negara itu selama tiga hari termasuk mengadakan pertemuan dengan May.. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini