Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini - Utusan Malaysia

Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilapor perlahan setakat pukul 5.30 petang ini.

,Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, trafik perlahan dari Sg Buloh ke Jalan Duta, Slim River ke Tapah dan Rawang ke Sg Buaya berikutan peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya.

“Trafik juga sesak dari Tapah ke Gopeng serta dari Seremban ke Hentian Sebelah Senawang,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, trafik perlahan sebelum masuk Plaza Tol Gombak serta di Terowong Genting Sempah berikutan hujan.

“Aliran trafik di Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar.” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini