Tiga remaja rosakkan makanan di kedai serbaneka direman - Utusan Malaysia

Tiga remaja rosakkan makanan di kedai serbaneka direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Tiga remaja lelaki yang disyaki terlibat dalam satu rakaman video merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai kelmarin ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.

Perintah tahan reman terhadap dua remaja masing-masing berusia 18 tahun dan seorang lagi berumur 20 tahun dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nurharyatie Mohd. Saini.

Ia bagi membantu siasatan kes itu oleh pihak polis dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu ketiga-tiga remaja lelaki terbabit dilihat tiba di Mahkamah Seremban dengan diiringi anggota polis kira-kira pukul 11.15 pagi.

Mereka menyerah diri di Balai Polis Nilai pada pukul 3.45 petang semalam selepas polis memburu mereka susulan rakaman video perbuatan merosakkan makanan itu tular di media sosial.

Berdasarkan rakaman itu, salah seorang lelaki terbabit memicit roti, menggoncang kek, meminum minuman berbotol dan mengalihkan barang-barang dari rak jualan kedai berkenaan.

Perbuatan itu dipercayai disengajakan kerana lelaki tersebut dilihat ketawa semasa rakaman video dibuat oleh rakannya.

Perbuatan itu tular dalam media sosial sebelum disedari oleh pengurus premis terbabit yang membuat laporan polis kelmarin dan premis itu kerugian RM30 akibat kejadian itu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini