Tiga remaja lelaki rosakkan makanan direman empat hari - Utusan Malaysia

Tiga remaja lelaki rosakkan makanan direman empat hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RASAH – Tiga remaja lelaki ditahan reman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes merosakkan makanan di sebuah kedai serbaneka di Nilai dekat Seremban, kelmarin.

Perintah reman terhadap dua remaja masing-masing berusia 18 tahun dan seorang lagi berumur 20 tahun dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Khas Reman Seremban, Nurharyatie Mohd. Saini.

Ini bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap mereka di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu ketiga-tiga lelaki terbabit tiba di mahkamah dengan diiringi polis kira-kira pukul 11.15 pagi.

Mereka menyerah diri di Balai Polis Nilai pada pukul 3.45 petang semalam selepas polis mencari mereka susulan rakaman video kejadian khianat merosakkan makanan itu tular dalam media sosial sejak kelmarin.

Berdasarkan rakaman itu, salah seorang lelaki terbabit memicit roti, menggoncang kek, meminum minuman berbotol dan mengalihkan barang-barang dari rak jualan kedai berkenaan.

Perbuatan itu dipercayai disengajakan kerana lelaki tersebut dilihat ketawa semasa rakaman video dibuat oleh rakannya.

Perbuatan itu tular dalam media sosial sebelum disedari oleh pengurus premis terbabit yang membuat laporan polis kelmarin dan premis itu kerugian RM30 akibat kejadian itu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini