‘Tidak’ kepada PPSMI - MPM, NUTP - Utusan Malaysia

‘Tidak’ kepada PPSMI – MPM, NUTP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Majlis Perundingan Melayu (MPM) dan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan membantah jika terdapat perancangan untuk melaksanakan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Setiausaha Agung MPM, Datuk Hasan Mad berkata, pihaknya akan meneruskan tekanan termasuk mengadakan himpunan cendekiawan Melayu pada 4 Julai ini dan meminta Komuniti Pendidikan majlis tersebut mengangkat isu tersebut.

“Apa sebenarnya masalah kerajaan yang susah sangat untuk faham bahawa kaedah itu tidak mampu meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tak menentang kerajaan ingin meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris tapi bukan melalui mata pelajaran Matematik dan Sains kerana kaedah itu hanya mewujudkan jurang antara pelajar luar bandar dan bandar,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, Presiden NUTP, Amiruddin Awang berkata, PPSMI bukan ubat yang sesuai untuk merawat masalah para pelajar yang gagal menguasai bahasa asing itu.

Kata beliau, banyak lagi kaedah lain yang lebih berkesan untuk mencapat matlamat tersebut antaranya meningkatkan kualiti para guru dan merombak semula sukatan mata pelajaran Bahasa Inggeris.

“Kami tiada maklumat mengenai perkara itu, kalau betul pastinya riuh di media sosial dan kita pun akan mengeluarkan kenyataan membantah sebab dari dulu lagi memang NUTP menolak pelaksanaan PPSMI sebab ia tidak mengubat penyakit sebenar,” katanya.

Pada 12 Mac lalu, Hasan berkata, hasrat kerajaan untuk melaksanakan semula PPSMI dilihat tergesa-gesa ketika pendirian dalam kalangan kepemimpinan kerajaan sendiri tidak konsisten mengenainya.

Utusan Online malam ini difahamkan Kabinet akan melaksanakan semula PPSMI yang dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini