KUALA LUMPUR – Sanggup menggadai nyawa dengan terjun dari tingkap bangunan semata-mata untuk mengelak daripada ditahan pihak berkuasa di sebuah premis makanan di Setia Alam, Selangor. Tindakan itu bagaimanapun berjaya dihalang sepasukan anggota dan pegawai Unit Operasi Khas (UOK) Bahagian Perisikan Operasi Khas dan Analisa Jabatan Imigresen Malaysia dalam Op Selera yang bermula pukul 10.30 malam semalam. Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Imigresen, Mohamad Fauzi Md. Isa berkata, menerusi serbuan tersebut,…










