KUALA LUMPUR – Menteri Industri Utama, Teresa Kok sepatutnya mengambil inisiatif untuk memahami masalah pemain industri sawit dalam memohon pensijilan Minyak Sawit Lestari (MSPO) dan bukan lepas tangan sambil memberi kata sindiran kepada mereka.
Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai berkata, berdasarkan pemahamannya, banyak pemain industri kelapa sawit, pemilik estet kecil terutamanya pemilik ladang kecil dari China yang tidak mempunyai maklumat lengkap mengenai permohonan sijil itu.
“Saya menggesa Teresa untuk menunjukkan semangatnya untuk menerangkan prosedur permohonan sijil MSPO kepada pemilik ladang kecil.
“Selepas Timbalan Menteri Pertahanan, Liew Chin Tong memohon maaf semalam atas ungkapan ‘tidak perlu bekerja keras dalam kajian kesusasteraan Cina’, Teresa pula mengeluarkan kenyataan yang kurang sesuai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Semalam, Teresa berkata, pemain industri yang gagal memohon MPSO harus menanggung kos pembayaran dengan sendiri jika masih enggan laksanakan permohonan pensijilan itu sehingga akhir tahun ini. – UTUSAN ONLINE











