Tedung selar masuk tandas kuarters KTMB - Utusan Malaysia

Tedung selar masuk tandas kuarters KTMB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIPIS – Pasukan Bomba Sukarela berjaya menangkap seekor ular tedung selar di dalam sebuah tandas kuarters kakitangan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Merapoh, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, penduduk di kuarters berkenaan cemas setelah menemui seekor ular tedung di dalam tandas.

Timbalan Pengerusi Bomba Sukarela Merapoh, Ross Raman Abdul Majid berkata, ular seberat kira-kira 10 kilogram dianggarkan sepanjang 2.4 meter itu berada di sebalik zink dalam tandas tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tiga anggota bomba sukarela bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam.

“Kita mengambil masa kira-kira 15 minit untuk menangkap reptilia itu dan dilepaskan di tempat selamat,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini