Syor subjek agama SAR diserap ke sekolah agama kebangsaan - Utusan Malaysia

Syor subjek agama SAR diserap ke sekolah agama kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Subjek agama Islam yang diguna pakai di sekolah agama rakyat dan sekolah agama negeri dicadang dijadikan mata pelajaran teras bagi sekolah agama kebangsaan dibina kerajaan.

TARMIZI YAHAYA

Wakil Pas Pahang, Tarmizi Yahaya berkata, kes seperti video ‘hanyir’ , pemimpin plolitik yang berbuka puasa di rumah-rumah ibadat agama yang lain dan agihan zakat oleh bukan Islam menunjukkan sistem pendidikan

Memuatkan artikel berkaitan…

negara ini gagal dalam membentuk pemikiran pelajar dengan pendidikan yang sepatut serta sewajarnya selari dengan ajaran Islam.

“Kejayaan sekolah agama negeri yang melahirkan insan beribawa, berakhlak dan cemerlang dalam bidang pendidikan sewajarnya diambil contoh oleh kerajaan untuk diterapkan ke dalam sistem pendidikan negara terutama di sekolah agama kebangsaan,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar Presiden Pas dalam Muktamar Tahunan Pas Ke-65 di Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini