SWCorp bersih tapak sampah haram di Kinrara Mas - Utusan Malaysia

SWCorp bersih tapak sampah haram di Kinrara Mas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembersihan dan menambak tanah di tapak sampah haram di Kinrara Mas, di sini giat dilaksanakan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

DBKL menerusi catatan di Facebook berkata, tindakan itu diambil susulan lawatan tapak oleh Pengarah SWCorp Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd. Zahir Shari ke kawasan itu baru-baru ini.

“Kontraktor juga diarahkan untuk membawa keluar sisa asbestos yang dilonggok oleh pelaku sampah haram di tapak untuk dilupuskan di tempat yang dibenarkan. Sisa tersebut dikhuatiri membahayakan persekitaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pihak yang didapati melakukan pembuangan sampah haram boleh didakwa di bawah Seksyen 71, Akta 672 yang membawa hukuman denda RM10,000 sehingga RM100,000 atau penjara enam bulan sehingga lima tahun,” katanya – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini