Surat permohonan tular bukan surat sokongan menteri - Utusan Malaysia

Surat permohonan tular bukan surat sokongan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan surat permohonan kewarganegaraan yang tular di laman sosial baru-baru ini adalah sebagai sokongan atau kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sesuatu permohonan kewarganegaraan. 

JPN dalam satu kenyataan berkata, pertimbangan pemberian taraf kewarganegaraan Malaysia adalah tertakluk kepada peruntukan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak semua permohonan akan diluluskan.

Menurut JPN, pihaknya dan Pejabat Menteri Dalam Negeri menerima banyak surat permohonan kewarganegaraan serta pelbagai pertanyaan mengenai status terkini permohonan kewarganegaraan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Surat-surat berkenaan adalah prosedur biasa di JPN dan pejabat Menteri Dalam Negeri sebelum dokumen terbabit dipanjangkan kepada agensi dan bahagian berkaitan untuk tindakan lanjut.

“Di samping itu, JPN juga akan memberi maklum balas secara terus kepada pemohon mengenai status semasa pemohonan kewarganegaraan mereka,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, JPN turut menegaskan bahawa permohonan kewarganegaraan yang diterima pihaknya dan pejabat Menteri Dalam Negeri bukan hanya tertumpu kepada satu kaum tertentu malah daripada pelbagai kaum di negara ini. 

Katanya, berdasarkan rekod JPN, sebanyak 8,322 permohonan kewarganegaraan diterima daripada pelbagai latar belakang kaum bagi tempoh 10 Mei tahun lalu sehingga 30 Mei lepas.

“Daripada jumlah tersebut, hanya lima pemohon dianugerahkan kewarganegaraan Malaysia. 

“Untuk rekod, bagi tempoh sama juga, sejumlah 3,126 pemohon juga diberikan kewarganegaraan dengan permohonan itu adalah dari tahun sebelumnya,” katanya. 

Orang ramai boleh hadir ke mana-mana pejabat JPN atau melayari laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Unit Komunikasi Korporat JPN di talian 03-8880 7077 untuk maklumat lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini