Sumareh tamatkan kemarau gol - Utusan Malaysia

Sumareh tamatkan kemarau gol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas mengharungi lapan perlawanan tanpa gol, Mohamadou Sumareh akhirnya menamatkan kemarau dengan meledak jaringan pertamanya dalam tempoh lapan bulan ketika membantu Harimau Malaya mendahului Timor Leste 3-0 pada babak pertama playoff kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.

Pemain naturalisasi pertama Malaysia meledak gol ketiga pasukan negara pada minit ke-37 dalam perlawanan yang menyaksikan anak-anak buah Tan Cheng Hoe menguasai sebahagian besar permainan.

Terdahulu, penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi meletakkan pasukan negara di depan menerusi dua jaringan pada minit ke-11 dan 17.

Memuatkan artikel berkaitan…

Timor Leste yang kalah 1-7 dalam aksi pertama, Jumaat lalu dihadiahkan sepakan penalti, namun ditangkap mudah oleh penjaga gol, Ifwat Akmal Chek Kassim. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini