Steven pelik hasrat KJ, Shahidan rebut jawatan - Utusan Malaysia

Steven pelik hasrat KJ, Shahidan rebut jawatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim Chee Keong melahirkan rasa hairan dengan hasrat dua ahli politik pembangkang, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk kembali merebut jawatan kanan persatuan sukan kebangsaan.

Beliau juga kurang bersetuju dengan tindakan mereka menyertai pemilihan pucuk pimpinan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), hujung bulan ini, walaupun tidak menghalang mana-mana rak­yat Malaysia berbuat demikian.

“Saya tidak faham mengapa ahli politik seperti mereka suka sangat bertanding dalam persatuan sukan kebangsaan, tetapi ukurlah baju di badan sendiri. Walaupun tidak menggalakkan atau bersetuju, kami tidak halang keinginan sesiapa menyertainya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tanyalah diri dahulu sama ada bebanan tugas itu selain sebagai Ahli Parlimen, boleh ditanggung dan dijalankan dengan baik,” katanya selepas majlis pelancaran Tenis Remaja Asia NAAM Bawah 14 Tahun di sini, hari ini.

Sepatutnya tegas Steven, bekas Menteri Belia dan Sukan dan Presiden Persatuan Renang Amatur Malaysia itu memberikan keutamaan kepada menimba pengalaman terlebih dulu sebagai pembangkang dalam Dewan Rakyat kerana inilah kali pertama mereka menggalasnya.

Sementara itu, Tenis Remaja Asia NAAM yang bermula Isnin hingga 30 Jun ini di Langkawi berjaya mencatat peningkatan penyertaan kepada 75 pemain dari 14 negara berbanding 60 dan 69 orang dalam kedua-dua edisi terdahulu, kata pengarah kejohanan, Datuk Sayed Alfeizal Sayed Ahmad.

Cabaran Malaysia digalas M. Zhahin Ielyas Kamarul Zaman, Iman Syuhada Abdullah, selain Mohammad Haziq Mohammad Roslani dan Muhammad Adam Harith Mohd. Rodzi yang mendapat undangan khas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini