KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIMWPKL) menahan seorang lelaki warga asing serta merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk menghasilkan dokumen palsu dalam satu serbuan di sebuah pangsapuri di Jalan Chow Kit di sini semalam. Pengarah Imigresen Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, serbuan dilakukan kira-kira pukul 10 malam susulan maklumat awam yang diterima serta hasil risikan hampir sebulan oleh Unit Risikan dan…










