Silva bangga Portugal rangkul kejuaraan - Utusan Malaysia

Silva bangga Portugal rangkul kejuaraan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LISBON – Bernardo Silva berbangga apabila berjaya menjulang trofi kejuaraan pertama bersama Portugal selepas menundukkan Belanda 1-0 dalam aksi final Liga Negara-Negara Eropah, awla pagi tadi.

Silva membantu mencipta jaringan tunggal perlawanan yang berlangsung di Estadio Do Dragao dengan melakukan hantaran ke belakang sebelum disudahkan Goncalo Guedes.

Dia juga diangkat sebagai pemain terbaik kejohanan itu selepas meraih pelbagai kejuaraan musim ini bersama Manchester City termasuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Piala Liga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya sangat gembira musim ini terutama apabila menamatkan saingan dengan rakan-rakan yang cemerlang dan sudah tiba masanya untuk saya berehat sebelum memulakan aksi baharu musim hadapan.

“Paling penting Portugal menang. Saya bangga kerana meraih kejuaraan bersama negara saya dan menambah koleksi anugerah individu juga adalah sesuatu yang menyeronokkan.

“Saya tidak ingat siapa yang hantar bola kepada saya tetapi ia adalah hantaran yang sangat baik, kemudian saya dengan Guedes memanggil, saya melakukan hantaran kepadanya untuk jaringan gol,” katanya.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini