JOHOR BAHRU – Kementerian Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar mendedahkan hasil keputusan ujian makmal yang dijalankan ke atas lapan pesakit pencemaran bau dekat Pasir Gudang Khamis lalu mendapati hasilnya negatif daripada sebarang bahan kimia. Menterinya, Yeo Bee Yin berkata, Jabatan Kimia telah melakukan tiga ujian termasuk melalui sampel air kencing dan darah, bagaimanapun, tiada sebarang bahan kimia ditemui melalui sampel terbabit. “Kita telah melakukan tiga ujian iaitu…










