Sesak nafas: Kehadiran pelajar ke sekolah memberangsangkan - Utusan Malaysia

Sesak nafas: Kehadiran pelajar ke sekolah memberangsangkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Sesi persekolahan di semua 111 buah sekolah di Pasir Gudang di sini yang ditutup ekoran pencemaran bau sejak minggu lalu dibuka seperti biasa pada hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPN) Johor, Azman Adnan berkata, hari pertama sesi persekolahan hari ini juga merekodkan jumlah kedatangan yang memberangsangkan.

“Sesi persekolahan dibuka selepas jawatankuasa bencana mengesahkan udara berada di tahap yang normal. Sehingga kini, jumlah kedatangan pada hari ini juga memberangsangkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Biarpun, insiden ini tidak disifatkan sebagai teruk seperti kejadian pencemaran Sungai Kim Kim, kita juga mengambil langkah mengedarkan topeng muka sebagai langkah pencegahan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi lawatan di Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Gudang 4 di sini, hari ini.

Azman menambah, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) juga akan mengerakkan pasukan bagi memberi sesi taklimat keselamatan dan kesihatan di semua 18 buah sekolah yang terjejas.

Jelasnya, JPN Johor mengambil keputusan untuk tidak mengantikan cuti sekolah yang ditutup minggu lalu.

“Tidak perlu sekolah ganti kerana kita yakin tidak berlaku defisit pembelajaran. 

“Kita serahkan kepada sekolah untuk menyusun kaedah pembelajaran terbaik selama sekolah ditutup sementara minggu lalu dan jabatan yakin sukatan akan berjaya diselesaikan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini