KANGAR – Kementerian Belia dan Sukan menyerahkan kepada Pesuruhjaya Sukan (PJS) menentukan nasib Khairy Jamaluddin sama ada beliau layak bertanding atau sebaliknya jawatan presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM). Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim berkata, sememangnya dalam isu Khairy terdapat aduan antaranya mengenai kelewatannya menghantar borang pencalonan. “Kita tidak campur tangan. Bagi kita tidak ada masalah sesiapa sahaja hendak bertanding dalam persatuan dan majlis selagi ia mengikut peraturan dan…










