Seorang maut, kereta terjunam ke sungai - Utusan Malaysia

Seorang maut, kereta terjunam ke sungai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Santap, Pokok Sena, di sini, kira-kira pukul 11 malam tadi.

Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan itu berjaya dikeluarkan kira-kira empat jam kemudian.

Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sallehuddin Darawi berkata, kereta mangsa ditemukan dalam keadaan terbalik pada kedalaman kira-kira empat meter di sungai itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta tersebut dinaikkan dengan menggunakan dua trak penunda pada pukul 2.46 pagi ini,” katanya di sini hari ini.

Identiti mangsa yang dipercayai memandu seorang diri ketika kejadian sedang dikenal pasti.

Sallehuddin berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini untuk dibedah siasat.

Tambahnya, seramai 19 anggota termasuk lima Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini