ALOR SETAR – Seorang lelaki ditemukan maut selepas kereta Proton Wira dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam Sungai Santap, Pokok Sena, di sini, kira-kira pukul 11 malam tadi. Mayat lelaki berusia lingkungan 30-an yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan itu berjaya dikeluarkan kira-kira empat jam kemudian. Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Penolong Kanan Penguasa Bomba Sallehuddin Darawi berkata, kereta mangsa ditemukan dalam keadaan terbalik pada kedalaman…










