SUMATERA UTARA 21 Jun – Seorang daripada empat mangsa kebakaran sebuah kilang mancis di Binjai yang terselamat mendedahkan mereka keluar makan tengah hari semasa kejadian itu berlaku.
Lapor Tribun News, Pipit, 29, dari Dusun II Sambirejo, Binjai Utara keluar bersama tiga rakannya, Ayu Anita Sari, 29, Ariyani, 30, Nurasiyah, 24.
“Kawanku, kawanku semua habis. Mana semua kawanku itu di dalam. Semua kawanku habis.
“Aku pikir tiga kawan ini, yang tiga lagi masih di dalam, semua habis kawanku, cuma kami berempat yang selamat,” katanya, hari ini.
Pipit yang telah lapan tahun bekerja di kilang itu berkata, kejadian itu turut meragut empat nyawa anak kecil yang dibawa orang tua mereka bekerja.
Terdapat 30 orang rentung dalam ruangan kilang itu selepas premis itu terkunci. – AGENSI











