JOHOR BAHRU – Tiga lelaki tempatan diberkas kerana disyaki terlibat dalam kegiatan menyeleweng minyak diesel bersubsidi nelayan dalam satu serbuan ke atas sebuah premis di Jalan Temenggung Ahmad, Parit Bakar, Muar dekat sini tengah hari semalam. Dalam serbuan kira-kira pada pukul 12.30 tengah hari itu, tiga lelaki yang ditahan terdiri daripada pembeli dan pemilik premis masing-masing berusia 27 hingga 42 tahun. Timbalan Komander Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua, Superintendan…










