Saya tak baca lagi, saya tak berani nak komen - Maszlee - Utusan Malaysia

Saya tak baca lagi, saya tak berani nak komen – Maszlee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – “Saya tak baca lagi, saya tak berani nak komen.”

Itu reaksi Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik mengenai desakan parti Pas supaya kerajaan Pakatan Harapan memansuhkan sistem pendidikan vernakular di negara ini.

“Nanti kita tengoklah, biar saya baca betul dahulu,” kata beliau.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau ditemui pada Majlis Rumah Terbuka dan Silaturahim Menteri Pendidikan di Presint 10 di sini hari ini.

Mjalis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Pas dalam muktamar parti itu di Kuantan, mendesak kerajaan Pakatan Harapan (PH) menghapuskan sistem pendidikan vernakular di negara ini kerana dasar berkenaan tidak menyumbang kepada perpaduan kaum.

Wakil Dewan Muslimat Pas, Salamiah Md. Nor berkata, sebelum mengambil alih pentadbiran Putrajaya, pemimpin PH mengatakan tidak selesa dengan sistem berkenaan.

“Maka, Dewan Muslimat Pas menyeru dan mengharapkan kerajaan PH mengambil tindakan supaya sistem pendidikan vernakular dihentikan.

“Kita melihat sistem ini tidak mendekatkan kepada jurang persefahaman antara kaum,” katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden pada Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-65 di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Pahang (Sukpa) di Indera Mahkota, Kuantan.

Dalam pada itu, ditanya mengenai pemberhentian pekerja am di sekolah-sekolah, Maszlee berkata, pihaknya telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Mengenai sekolah daif di Sabah, beliau berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan untuk membaik pulih sekolah-sekolah daif di negeri terbabit.

Beliau berkata, perkara itu kini di peringkat perbincangan antara kerajaan negeri Sabah dan Kementerian Kewangan.

“Bagi kami di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), kita akan membantu kerajaan negeri Sabah untuk memastikan pembaikpulihan sekolah daif di sabah akan berlaku dengan lebih baik pada tahun ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini