‘Saya nak wujudkan budaya tidak bertoleransi kepada rasuah’ -Latheefa - Utusan Malaysia

‘Saya nak wujudkan budaya tidak bertoleransi kepada rasuah’ -Latheefa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu, Latheefa Beebi Koya berkata, beliau akan melihat kepada tindakan jangka panjang termasuk dari aspek pendidikan bagi mewujudkan satu budaya yang tidak bertolerasi kepada rasuah.

Beliau yang memulakan tugas hari ini berkata, adalah menjadi hak asas setiap rakyat Malaysia untuk dibenarkan hidup, bekerja dan makmur dalam satu persekitaran yang bebas rasuah.

“Dengan pertolongan Allah SWT, saya berharap untuk berjaya dalam tugas saya ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Latheefa yang dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk tempoh kontrak selama dua tahun berkuat kuasa 1 Jun lepas, berkata, terdapat banyak pendapat yang dikeluarkan berhubung pelantikannya sehari sebelum sambutan Aidilfitri.

“Sesiapapun berhak menyoal, mengkritik atau mengeluarkan pendapat masing-masing, ini tidak mengapa.

“Tugas saya jelas iaitu untuk membanteras rasuah di mana-mana sahaja,” katanya.

Beliau berkata, dengan sokongan dan dokongan rakyat dan pegawai-pegawai di SPRM, pihaknya yakin akan dapat mengubah Malaysia kepada satu masyarakat yang alah kepada rasuah dan bebas dari rasuah.

Sebelum ini ramai pemimpin bahkan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH) sendiri berpendapat lantikan Latheefa bercanggah dengan janji-janji yang dibuat oleh PH dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini