Sambutan Hari Raya SMK Simpang Kuala meriah - Utusan Malaysia

Sambutan Hari Raya SMK Simpang Kuala meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Sambutan Hari Raya Aidilfitri dan Hari Guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Simpang Kuala di sini berlangsung meriah dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, semalam.

Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang disertai pelajar, waris dan guru-guru itu bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga pukul 1 petang.

Bagi memeriahkan suasana, kesemua yang hadir memakai pakaian dengan tema ‘twin and blink-blink’ (kembar dan berkelipan).

Memuatkan artikel berkaitan…

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai.

Dalam pada itu, pelbagai program telah diatur bagi memeriahkan sambutan antaranya memasak nasi dan gulai kawah secara gotong-royong di samping hidangan ketupat, lemang, rendang dan kuih-muih.

Turut diadakan pertandingan sukaneka, menganyam ketupat dan persembahan oleh guru-guru dan para pelajar pelbagai bangsa.

Majlis yang diselia oleh Penolong Kanan Kokurikulum SMK Simpang Kuala, Haidah itu dianggap berjaya mencapai objektif dengan penglibatan oleh semua pihak.

Pengetua sekolah itu, Zainab Yaman melahirkan rasa gembira dengan kejayaan penganjuran majlis tersebut.

“Sesuatu yang sangat menarik di SMK Simpang Kuala ini adalah penyertaan aktif ibu bapa yang begitu prihatin dan bersama-sama menyumbang tenaga dan kuih-muih. Ibarat tidak lokek untuk bersedekah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini