Salammusik artis jemputan Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Salammusik artis jemputan Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Agak lama tidak bertanya khabar kumpulan hip hop negara yang menzahirkan segala rasa menerusi muzik mereka, Salammusik (Salam).

Malam ini, Salam akan tampil sebagai artis jemputan segmen bual santai yang disiarkan secara langsung di Facebook Utusan Online, Jom Chat pada pukul 9 nanti.

Sentiasa sibuk dengan persembahan di luar negara, artis yang kali pertama menerima anugerah Lagu Hip Hop Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) pada tahun 2010 ini pernah mengadakan persembahan di festival-festival muzik di Belgium, United Kingdom dan Belanda. Tidak ketinggalan, di negara jiran seberang Tambak Johor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Banyak melakukan siri jelajah persembahan di luar negara, kali terakhir Salam melahirkan single ialah pada tahun 2015, berjudul Kekal.

Apakah projek terbaharu Salam bagi tahun 2019? Ikuti Jom Chat malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini