Safee Sali rindu aksi bersama Harimau Malaya - Utusan Malaysia

Safee Sali rindu aksi bersama Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – “Tipu lah kalau diri saya ingin menolak panggilan skuad kebangsaan.”

Itulah reaksi bekas penyerang kebangsaan dan pemenang kasut emas Piala AFF 2010, Mohd. Safee Sali apabila ditanya jika masih mempunyai minat untuk menyarung jersi kebangsaan.

Penyerang veteran berusia 35 tahun yang telah mencetak 23 gol dalam 73 penampilan untuk skuad kebangsaan, berkata sekiranya dipanggil oleh ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, beliau sedia membuktikan kebolehannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagi saya, jika dipanggil (ke kem latihan pasukan kebangsaan), saya harus bersiap sedia dari segi fizikal dan mental. Jika diberi peluang, saya rasa saya tiada masalah untuk saya membuktikan,” katanya selepas aksi Liga Super antara Petaling Jaya (PJ) City FC dan Felda United FC, malam tadi.

Dalam aksi tersebut, Mohd. Safee menjaringkan gol ketiga beliau bagi musim ini untuk membantu PJ City FC mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menentang pasukan tercorot liga di Stadium Nasional, Bukit Jalil. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini