MOSCOW – Rusia mendakwa kapal tentera laut Amerika Syarikat (AS) melakukan pergerakan pelayaran berbahaya sekitar 50 meter dari kapal mereka di Laut China Selatan. Agensi Berita Interfax melaporkan, kapal USS Chancellorsville tiba-tiba membuat pusingan ketika berlayar bersebelahan kapal anti kapal selam Rusia, Admiral Vinogradov lantas memotong di hadapan laluan mereka. Kapal Rusia itu terpaksa melakukan pergerakan kecemasan untuk mengelakkan daripada perlanggaran malah mereka telah menghantar mesej protes kepada komander kapal AS berkenaan. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya