RM3 juta lesap ditipu sindiket love scam - Utusan Malaysia

RM3 juta lesap ditipu sindiket love scam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEPALA BATAS – Akibat mempercayai janji manis seorang lelaki yang dikenali menerusi Internet, seorang pegawai bank kerugian kira-kira RM3 juta setelah terperdaya dengan sindiket love scam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berumur 51 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama John Eric Chen melalui aplikasi Internet iaitu Coffee Meet Bagel Dating App sekitar bulan Ogos tahun lalu.

Katanya, perhubungan antara mangsa dan suspek menjadi lebih akrab dan suspek juga berjanji akan menikahi mangsa dalam masa terdekat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek kemudiannya telah menawarkan pengadu untuk bekerjasama dalam perniagaan Shell bernilai AS$25 juta (RM103.7 juta).

“Namun mangsa telah diminta untuk melakukan pembayaran pendahuluan sebanyak AS$38,000 (RM157,624)” katanya di sini hari ini.

Menurut Noorzainy atas dasar percaya dan cinta terhadap suspek mangsa telah melakukan sebanyak 19 kali pemindahan wang ke dalam tiga akaun yang diberikan oleh suspek bermula Ogos 2018 sehingga September 2018 .

“Mangsa telah melakukan pindahan wang berjumlah AS$815,331 bersamaan dengan RM3.26 juta di mana wang tersebut merupakan wang gaji serta hasil simpanan suspek.

“Malah mangsa juga turut meminjam wang daripada ahli keluarga kerana mempercayai suspek.

“Namun setelah mangsa berjaya masukkan kesemua wang, suspek tidak lagi dapat dihubungi,” katanya.

Jelas Noorzainy, yakin dirinya sudah terperangkap sindiket love scam, mangsa ambil tindakan membuat laporan polis pada 4 Jun lalu untuk tindakan selanjutnya.

“Kes berkenaan kini dalam siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Dalam pada itu, Noorzainy mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah jatuh cinta dengan seseorang yang baru dikenali melalui medium sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini