KEPALA BATAS – Akibat mempercayai janji manis seorang lelaki yang dikenali menerusi Internet, seorang pegawai bank kerugian kira-kira RM3 juta setelah terperdaya dengan sindiket love scam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa yang berumur 51 tahun itu telah berkenalan dengan seorang lelaki bernama John Eric Chen melalui aplikasi Internet iaitu Coffee Meet Bagel Dating App sekitar bulan Ogos tahun lalu. Katanya, perhubungan antara mangsa dan suspek menjadi lebih akrab dan suspek juga berjanji akan menikahi mangsa dalam masa terdekat. “Suspek kemudiannya telah menawarkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya