Dua individu termasuk Chegubard ditahan dipercayai bawa, sebat patung mirip PM 

Dua individu termasuk Chegubard ditahan dipercayai bawa, sebat patung mirip PM 

CHEGUBARD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan dua individu dipercayai membawa dan menyebat patung mirip Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa Himpunan Turun Anwar pada Sabtu lalu. 

Difahamkan dua peserta tersebut termasuk aktivis, Chegubard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin yang ditahan pada 2.30 petang hari ini. 

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd. Khalid Ismail berkata, pihaknya menjalankan siasatan terhadap peserta himpunan terbabit yang perbuatan mereka dirakam dan dimuat baik dalam media sosial oleh pihak-pihak tertentu. 

Katanya, siasatan dilakukan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (D5) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman. 

“Dua tangkapan dilakukan ke atas dua lelaki warga tenpatan berusia 21 dan 47 tahun. Turut dirampas peralatan komunikasi dipercayai digunakan untuk memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden itu,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Menurutnya, permohonan reman ke atas kedua-dua individu akan dibuat.

“PDRM menasihati orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderungan menghasut sehingg ia boleh mencetuskan ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam. 

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteeaman serta keselamatan awam,” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan Chegubard ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan Himpunan Turun Anwar, Sabtu lalu. 

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dilaporkan berkata, Chegubard ditahan kira-kira pukul 2.30 petang di kediamannya. 

Menurut beliau, pihaknya menerima pengesahan bahawa terdapat laporan polis terhadap CheguBard berkaitan himpunan yang berlangsung pada Sabtu lalu.

Malah, ujarnya, Chegubard sepatutnya dijadualkan berjumpa dengan pegawai penyiasat pada esok pada 11 pagi di Bukit Aman.

“Oleh itu, tangkapan dalam kes ini tidak diperlukan kerana Chegubard sentiasa telah memberi aku janji untuk menghadirkan diri di Bukit Aman,” katanya.- UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN