KOTA BHARU 8 Jun – Tubuhnya kurus sahaja tetapi wajah putih berseri dengan tutur kata lembut dan sopan pasti membuat sesiapa memandang terpikat dengan remaja mualaf, Muhammad Uwais Tan Abdullah,19, yang berasal dari Tanah Merah dekat sini. Sikapnya yang amat menghormati orang yang lebih berusia di samping kepandaian membaca al-Quran adalah ciri-ciri anak soleh yang didambakan setiap ibu bapa. Namun, siapa yang dapat meneka gejolak rasa remaja ini yang lebih…










