KEMAMAN – Seorang pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Kerteh maut selepas motosikal Honda C100 yang ditungganginya merempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 7 Jalan Ibok – Payoh, Chukai di sini hari ini. Dalam kejadian pada pukul 3 petang itu, Muhammad Adib Mohd. Shukri, 15, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala. Rakan sekolah remaja itu, Muhammad Hakim Syazwan Noor Mazni Shah, 15, yang membonceng…










