Rakyat Malaysia antara ditahan terbabit judi haram di Yala - Utusan Malaysia

Rakyat Malaysia antara ditahan terbabit judi haram di Yala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

YALA – Pihak Berkuasa Thailand menahan 54 individu, termasuk 24 rakyat Malaysia yang sedang leka bermain judi di sebuah premis kosong di Pekan Betong, Yala, selatan Thailand, semalam.

Ketua Polis Daerah Betong, Kolonel Polis Torsak Sarirat berkata, premis judi haram yang terletak dalam sebuah ladang getah itu dipercayai dikendalikan oleh seorang rakyat Malaysia dan isterinya yang merupakan warga tempatan.

Dalam serbuan kira-kira 5 petang waktu tempatan semalam, beliau berkata pihak berkuasa Thailand menahan 36 lelaki dan 18 wanita yang sedang leka bermain ‘Roulette’ dan ‘Hi Lo’ iaitu permainan judi berasaskan dadu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Polis turut merampas wang tunai milik pemain-pemain judi yang berjumlah RM24,795 dan 97,750 Baht (RM13,209).

“Selain itu, mesin judi Roulette, peralatan ‘Hi Lo’ dan pelbagai jenis cip (digunakan sebagai wang bermain judi) turut dirampas,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata semua suspek ditahan di Balai Polis Betong untuk siasatan lanjut.

Turut menyertai serbuan tersebut ialah Timbalan Gabenor Wilayah Yala, Jedsada Jitrat dan Ketua Pejabat Daerah Betong, Anan Bunsamran. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini