Rakyat akan pertikai ketelusan Kerajaan PH - Utusan Malaysia

Rakyat akan pertikai ketelusan Kerajaan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Beebi Koya digesa melepaskan jawatan bagi ‘membuktikan’ sikapnya dalam mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak.

Memetik portal Malaysiakini, Naib Ketua Pemuda PKR, Syed Badli Syah Syed Osman berkata, Latheefa yang sering mempertikaikan salah laku dan integriti pelbagai pihak harus menzahirkan pendirian beliau dengan menolak pelantikan tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ternyata pelantikan tersebut tidak mengikut saluran yang betul tanpa melalui konsultasi JawatanKuasa Khas Pemilihan Parlimen apatah lagi perbincangan dalam Majlis Presiden PH.

“Tambahan lagi Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad juga mengakui beliau melantik Latheefa tanpa perlu merujuk kepada Kabinet terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan media dalam portal itu hari ini.

Menurut Syed Badli, cara pelantikan peguam itu tidak boleh dijadikan amalan dalam kerajaan PH kerana rakyat akan mempertikaikan ketelusan dalam prosedur pelantikan jawatan agensi kerajaan.

Katanya, PH harus lebih peka dengan kehendak rakyat khususnya dalam menzahirkan janji manifesto seperti termaktub menerusi Janji ke-14 Buku Harapan dengan jelas menyatakan bahawa di bawah kerajaan PH SPRM akan melapor terus kepada Parlimen, dan bukan lagi kepada Perdana Menteri.

“Justeru itu saya menggesa Latheefa untuk meletakkan jawatan serta merta sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM jika beliau bermaruah,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini