MADRID 2 Jun – Pengurus Tottenham, Mauricio Pochettino menegaskan, pasukannya patut berasa bangga dengan usaha dan persembahan hebat yang telah ditunjukkan untuk berada di pentas akhir Liga Juara-Juara. Katanya, Spurs juga menunjukkan aksi terbaik dalam perlawanan akhir hari ini tetapi tidak bernasib baik melepaskan gol menerusi sepakan penalti di awal permainan sebelum kalah 0-2 kepada Liverpool. “Kami bermain dengan baik pada babak kedua. Ia tidak mudah untuk menentang sebuah pasukan…










