Program Insurans Proton beri ganjaran - Utusan Malaysia

Program Insurans Proton beri ganjaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelanggan Proton Holdings Bhd. kini boleh menikmati faedah tambahan apabila mereka menginsuranskan kereta mereka menerusi Program Insurans Proton (PIP).

Menurut Proton, tawaran itu boleh digunakan untuk kedua-dua pembeli kereta baharu dan pemilik kereta Proton sedia ada yang memperbaharui polisi insurans mereka dan ia boleh didapati di semua cawangan Proton yang diiktiraf.

Katanya, sebanyak enam panel syarikat insurans yang bekerjasama dengan Proton untuk promosi ini ialah Allianz General Insurance Company (M) Sdn. Bhd., Liberty Insurance Bhd., AmGeneral Insurance Bhd., Zurich General Insurance Malaysia Bhd., Etiqa General Takaful Bhd. dan Zurich General Takaful Malaysia Bhd.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pembaharuan polisi insurans untuk mana-mana kereta adalah keperluan undang-undang dan jarang sekali diambil kira oleh pemilik kereta kerana kadar dan faedah yang disediakan oleh syarikat insurans tidak begitu berbeza.

“Dengan memperbaharui polisi kereta mereka melalui PIP, pemilik Proton akan mendapat manfaat seperti Perlindungan Utama iaitu sekiranya berlaku kerugian atau kerosakan akibat kecurian atau percubaan kecurian, rompakan atau pecah masuk rumah, pelanggan boleh mendapatkan ganti rugi percuma sehingga berjumlah RM1,000 ke atas kenderaan tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Antara manfaat lain termasuk elaun banjir, perlindungan semua pemandu kecuali sekiranya pemandu yang diberi kuasa semasa kemalangan berumur 21 tahun dan ke bawah atau memegang lesen pemandu sementara atau masih belajar.

Seterusnya, perlindungan kemalangan diri insurans/pemegang polisi sehingga RM15,000 bagi pendaftaran kereta peribadi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini