Presiden Gabon minta PM bentuk kerajaan baharu - Utusan Malaysia

Presiden Gabon minta PM bentuk kerajaan baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIBREVILLE 9 Jun – Presiden Gabon, Ali Bongo dalam kemunculan pertama sejak diserang angin ahmar lima bulan lalu, menggesa Perdana Menteri, Julien Nkoghe Bekale untuk membentuk kerajaan baharu.

“Saya mahu sebuah kerajaan yang lebih kecil, menjadi teladan, jujur dan beretika,” katanya dalam rakaman awal yang disiarkan dalam televisyen tempatan, semalam.

AFP melaporkan, rakaman di kediaman rasmi Presiden di Libreville itu turut menyaksikan isteri Bongo dan beberapa ahli politik kanan bersama pemimpin itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bongo sebelum ini mengumumkan pemecatan naib presiden dan menteri hutan, dalam tindakan yang diambil di tengah-tengah skandal berhubung penyeludupan kayu balak yang berharga.

Presiden itu tidak memberi sebab bagi pemecatan Naib Presiden, Pierre Claver Maganga Moussavou serta Menteri Perhutanan dan Alam Sekitar Guy Bertrand Mapangou dalam kenyataannya itu.

Beliau hanya menjelaskan yang tiada menteri baharu akan dilantik ke portfolio hutan dan alam sekitar sebaliknya akan diletakkan di bawah kuasa langsung Perdana Menteri. -AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini