DALAM suasana hari raya ini marilah kita saling bermaaf-maafan serta amalkan ziarah-menziarahi antara sanak-saudara dan teman-teman. Gembiralah ketika menerima tetamu dan bukan berasa terbeban dengan kunjungan mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Setiap kali tetamu menziarahi rumah seseorang, apabila tetamu itu pulang akan keluar daripada rumahnya segala bentuk bala, kemudaratan, binatang-binatang yang menyakitkan dan penyakit. Rumah yang sentiasa diziarahi tetamu ialah rumah yang disukai oleh Allah SWT. Allah akan turunkan…










