Polis rampas RM2.6 juta dadah - Utusan Malaysia

Polis rampas RM2.6 juta dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM2.6 juta serta menahan lima lelaki tempatan dalam lima serbuan berasingan di ibu negara dan Johor bermula semalam hingga hari ini.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Datuk Kamarulzaman Mamat berkata, serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman bersama JSJN Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan JSJN IPK Johor.

“Serbuan dilakukan pada pukul 4 petang semalam dan berakhir kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dua serbuan dilakukan di Desa Pandan, di sini dan tiga lagi di Skudai, Senai dan Stulang Laut, Johor,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Kamarulzaman, menerusi kesemua serbuan yang dilakukan, pihaknya merampas 51.6 kilogram (kg) dadah disyaki syabu, heroin (3.7 kg), pil ekstasi (1850 biji) dan 298 gram Ketamin.

Jelasnya, selain dadah, pihaknya turut merampas dua buah kereta jenis Toyota Camry, Volkswagen (2) dan masing-masing sebuah BMW dan Toyota Altis.

“Kita turut merampas seutas jam tangan jenama Rolex, barang kemas serta wang tunai RM2,810 dan semua nilai sitaan dianggarkan berjumlah RM450,000,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua tangkapan direman hingga 25 Jun dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini