BELURAN – Polis menafikan kejadian rompakan bersenjata di daerah ini, seperti dikatakan oleh seorang pemilik akaun Facebook dalam satu hantaran baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Beluran, Superintenden Kasim Muda berkata, hantaran yang dimuat naik ke Facebook mula tular sejak 28 Jun lepas itu mengatakan suami pemilik akaun Facebook itu dirompak oleh satu kumpulan yang menaiki dua kenderaan, dan kumpulan terbabit dikatakan mengacukan sepucuk pistol di kepala suami pemilik akaun Facebook…